Buku di tangan pembaca ini adalah himpunan kisah-kisah kemuliaan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW adalah satu-satunya makhluk Allah SWT yang paling banyak disebut dan diingati oleh manusia lain kerana baginda dicipta untuk manusia mendapat kebahagiaan yang sempurna di dunia dan akhirat. Tanpa cinta dan ingatan kepada Nabi SAW, cacatlah kehidupan sekalipun seseorang itu memiliki pangkat dan harta setinggi gunung.