Ratib Al-Haddad

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Ratib al-Haddad; juga dikenali dengan nama Ar-Ratib asy-Syahir, adalah antara amalan ratib yang sangat terkenal dan diamalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi.

Nama ratib ini merujuk kepada nama penyusunnya iaitu al-Imam al-Habib as-Sayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad al-Husaini al-Hadhrami, yang masyhur dengan nama Imam Abdullah al-Haddad, seorang ulama besar dari Yaman berketurunan Rasulullah SAW. Riwayat hidupnya disertakan agar sesiapa yang mengamalkan ratib ini lebih mengenali dan mencintai Ahli Bait Rasulullah SAW ini dan mencontohi sirah kehidupan dan akhlak peribadi beliau yang tinggi dan luhur.