Risalah Al Baijuri Fi Al Tauhid

  • Sale
  • Regular price $8.00
Tax included.


Risalah karangan bekas Syaikh al-Azhar, Syaikh Ibrahim al-Bajuri ini antara kitab tauhid yang amat ringkas pernah ada. Ilmu tauhid tidak terlalu luas akan tetapi amat dalam. Untuk menulis kesemua ilmu tauhid, ia berhajat ribuan helai kertas. Oleh itu, Syaikh Ibrahim telah meringkaskan kandungan ilmu tauhid daripada kitab-kitab besar kepada beberapa helaian muka surat sahaja. Apa yang tertulis di dalam matan adalah maklumat asas yang penting di mana hukum mengetahuinya adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. Di sana ada perbahasan tauhid yang hukumnya fardhu kifayah atau sunat sahaja mengetahuinya.

Risalah ini sesuai untuk mereka yang baru mengenali ilmu tauhid. Untuk mengelakkan lemas dalam merenangi lautan perbahasan-perbahasan sukar ilmu tauhid, adalah penting untuk mengetahui gambaran asas ilmu tersebut terlebih dahulu. Gaya persembahan bahasa yang digunakan dalam terjemahan adalah pertengahan.