Sabil Al-Muhtadin

  • Sale
  • Regular price $25.00
Tax included.


Kitab Sabilal Muhtadin lit Tafaqquh fi Amrid Din merupakan salah satu kitab yang ditulis oleh Syekh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dengan menggunakan bahasa Melayu. Kitab ini sangat fenomenal di wilayah Asia Tenggara seperti Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Kamboja, Vietnam dan Laos, kerana kaum Muslimin di daerah-daerah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu agama. Bahkan menjadi khazanah kepustakaan bagi khazanah perpustakaan-perpustakaan di dunia Islam, seperti di Makkah, Mesir, Turki, dan Beirut.

Kitab ini ditulis di Banjar atas permintaan Sultan Tahmidullah bin Sultan Tamjidullah pada tahun 1193H/1779M. Naskhah aslinya terdiri dari 4 jilid, membahas tentang fiqh ibadah mazhab Syafi'i. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Jawi/Melayu agar mudah difahami oleh rakyat Banjar pada saat itu, untuk mukaddimah digunakan bahasa Arab dan Melayu, selesai ditulis pada Ahad 27 Rabiul Awwal 1195H/1781M.