20 Disember 2015, siren amaran Kem Maraakah dibunyikan dengan nyaring. Itu tandanya ada insiden dan ancaman di dalam Kawasan Tanggunjawab (KTJ) UNIFIL.
Sebagai Pegawai Staf 3 Risik MALBATT 850-3, aku perlu segera masuk ke Tactical Operation Centre (TOC) untuk mendapatkan seberapa maklumat dan menyediakan analisa segera. Maklumat awal di saluran berita TV Arab mendapati militan Lubnan melancarkan serangan tiga roket ke arah sempadan Israel-Lubnan dan dibalas serangan mortar dari pihak Israel.
Disaat semua anggota bergegas masuk ke bunker pertahanan, aku hanya sempat menghantar voice note kepada isteri yang jauh 7000km di tanahair. "Kalau terputus hubungan, saya tak call, bermakna saya ada dalam TOC. Jangan dengar sebarang rumors daripada media sosial. Apa2 tunggu saya call semula.".. memang aku sudah didik isteri untuk faham dan tahu tugas pegawai tentera.
Masuk ke TOC, meja, komputer, dan monitor-monitor sudah siap untukku. Anggota yang faham tugas mereka pantas persiapkan. Komander MALBATT sudah berada di belakangku menanti semua info-info yang perlu aku dapat daripada pasukan sahabat dan saluran berita. Sebagai pegawai, kami dilatih untuk sentiasa bertindak profesional mengikut SOP dan memberi motivasi kepada anggota bawahan....
Bagaimana Seni Memimpin dapat membantu saya menghadapi tugasan mendesak?
Bagaimana Seni Memimpin dapat menjadikan saya seorang pegawai tentera yang mampu melaksanakan tugasan di bawah tekanan?
Dapatkan buku SENI MEMIMPIN : HATI, AKAL, TINDAKAN sekarang!