Sifat 20 Imam Al-Sanusi

  • Sale
  • Regular price $17.00
Tax included.


Imam Muhammad Bin Yusuf al-Sanusi ialah pengarang Umm al-Barahin yang tersebar keberkatannya dalam diri setiap Ahlussunnah semenjak lebih kurang 500 tahun dahulu. Setiap orang yang memiliki akidah yang benar hasil mempelajari karya agung beliau ini sudah pasti amat merindui untuk mengenali dengan lebih dekat sosok tubuh dan gaya pemikiran beliau. Ramai ulama yang telah menulis sejarah hidup dan sumbangan beliau seperti yang dilakukan oleh murid beliau; Syeikh al-Malili, yang mengarang kitab al-Mawahib al-Quddusiyyah Fi al-Manaqib al-Sanusiyyah. Namun, tidak ramai yang mencurahkan segala fokus bagi menjelaskan sejarah pemikiran beliau, khususnya pemikiran yang beliau susun di dalam Umm al-Barahin.

Topik inilah yang menjadi perbahasan utama penulisan buku ini, yang penulis cuba sampaikan dalam bentuk yang paling ringkas, tetapi mengumpulkan idea-idea yang paling penting dan utama. Dalam buku ini juga disertakan teks risalah akidah seorang lagi tokoh mazhab Asy'ari yang tidak masyhur di Malaysia namun namanya amat dicintai oleh Imam al-Sanusi, iaitu Imam al-Hawwari.