Solusi Islam Buat Para Pemuda

  • Sale
  • $12.00
  • Regular price $14.00
Tax included.


Golongan belia adalah kumpulan tenaga dan daya yang bercita-cita tinggi. Sekiranya tenaga tersebut digunakan ke arah kebaikan dan kejujuran, maka umat Islam keseluruhannya akan memiliki kumpulan tenaga besar yang sangat baik. Sebaliknya, sekiranya tenaga tersebut dibiarkan bergerak ke arah penyelewengan dan kejahatan, maka umat Islam keseluruhannya akan menghasilkan kumpulan tenaga yang keji dan terkutuk.

Rasulullah SAW meletakkan tangga kemuliaan dan kelebihan golongan pemuda yang membesar di atas jalan istiqamah dan ketaatan pada kedudukan kedua selepas kelebihan pemerintah yang adil. Adapun lima golongan lagi yang disebutkan oleh Rasulullah SAW, meskipun setiap golongan itu mempunyai kelebihan di sisi Allah, mereka tetap berada di bawah darjat pemerintah yang adil dan pemuda yang bertaqwa.