Sweet Sour Couple Muda

  • Sale
  • Regular price $10.00
Tax included.


Menyandang gelaran pasangan muda, harus bersedia dengan tiga cabaran utama; masalah wang, masalah risau apa kata orang, dan masalah mengawal emosi yang belum cukup matang. Pasangan muda harus bersedia untuk terus belajar selok-belok rumahtangga dan berlapang dada menerima apa-apa pun takdir yang direzekikan Allah pada masa-masa tertentu.

Perlu terima hakikat bahawa ada masanya takdir itu indah, secocok dengan harapan kita. Namun ada masanya, hampa hingga berderai air mata. Inilah yang dipanggil sweet sour!

Untuk yang bakal menempuh alam rumahtangga, bahkan oleh mereka yang telah lama berumahtangga. Mudah-mudahan kisah-kisah sweet sour seperti ini dapat membantu kita menginsafi semula mana-mana cacat-cela dalam pembinaan rumahtangga dan merasai semula kemanisannya!