Al-Muhaddith Syeikh Mahmud Said Mamduh telah memberikan kata pengantar serta pendahuluan ringkas berkaitan as-Syamail di samping menyertakan sanad pembacaan serta syarahan as-Syamail di hadapan guru beliau, Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as Siddiq al-Ghumari di Kaherah. Pembacaan Syeikh Mahmud tidaklah terhenti pada ulama Maghrib sahaja bahkan bersambung juga sanad beliau dengan murabbinya Allamah Syeikh Muhammad Yaasin bin Muhammad Isa al-Fadani al-Makki. Keseluruhan sanad boleh rujuk di awal kitab.
Menyelami seluk beluk peribadi Saidina Rasulullah SAW membuatkan seseorang jatuh cinta dan selanjutnya bersemangat untuk lebih mengenali sunnah Baginda SAW. Hal ini menghasilkan individu yang mengamalkan syariat Allah dengan lebih sempurna.
Berkata al-Mulla Ali al-Qari, "Orang yang menelaah kitab as-Syamail karangan Imam at Tirmizi, seolah-olah dia sedang mengamati dengan teliti peribadi dan kehidupan Rasulullah SAW dan sedang menyaksikan keindahan yang sangat mulia pada peribadi Baginda SAW."