Ratib al-Haddad ialah sebuah amalan yang disusun oleh seorang Wali Allah yang besar di dalam sejarah ummat Islam iaitu Qutb al-Irshad al-Imam al-Ḥabib Abdullah ibn Alawi al-Ḥaddad yang berasal dari Haḍramawt, Yaman. Amalan Ratib al-Haddad tidak asing lagi di kalangan bangsa Melayu dan telah diamalkan semenjak sekian lama.
Karya ini mengumpul dan melampirkan manuskrip Jawi Ratib al-Haddad dan kitab-kitab Jawi yang melampirkan Ratib al-Haddad. Karya ini juga menjelaskan siapakah ulama di Alam Melayu yang mengamalkan ratib ini serta sanad mereka yang bersilsilah kepada Imam al-Haddad.
Karya ini juga menerangkan tentang pengaruh amalan Ratib al-Haddad di Alam Melayu antaranya di Terengganu, Johor dan lain-lain negeri Melayu.