Tuhfatul Murid

  • Sale
  • Regular price $20.00
Tax included.


Kitab ini menterjemah dan mengupas sebuah karya agung al-Imam al-Habib Abdullah al-Haddad, yang mengomentari perihal pendidikan akhlak dalam Islam. Kitab ini lebih jelas merujuk kepada falsafah pendidikan akhlak menurut pandangan beliau. Kitab tersebut ini diberi judul Adab Suluk al-Murid.

Beliau secara fokus berorientasi pandangannya terhadap pembinaan akhlak yang bersifat holistik iaitu terdiri dari aspek bagaimana seorang Muslim itu berakhlak kepada Allah SWT. Hal ini beliau simpulkan dengan ringkas tentang akhlak seorang penuntut ilmu, dan mengharmonikannya bersama akhlak yang selalu mengingat Allah.

Bahkan, penekanan akhlak kepada diri sendiri yang meliputi dalam hal penggunaan waktu dengan baik dan efisien, serta untuk menjauhi segala larangan-larangan Allah SWT, baik maksiat yang bersifat lahir ataupun batin. Beliau juga menyimpulkan tentang akhlak dan tatacara bermuamalat dengan orang lain, iaitu meliputi hubungan keluarga, rakan, guru, dan juga masyarakat. Seluruh nilai-nilai pendidikan akhlak dalam kitab ini jelas memberi cerminan akhlak yang komprehensif, yang mencakupi dimensi ketuhanan dan sosial.